<aside>
<img src="/icons/dialogue_gray.svg" alt="/icons/dialogue_gray.svg" width="40px" /> Dalam Syarat Perkhidmatan:
Artis – Pengarang karya seni.
Karya – Hasil seni yang disediakan untuk kegunaan individu atau organisasi.
Senarai hitam– Senarai yang mengecualikan individu yang dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak lagi layak untuk menggunakan perkhidmatan dan karya Artis.
Pelanggan – Pengguna akhir yang menggunakan perkhidmatan Artis.
Komisen – Karya seni yang khususnya ditempah oleh pelanggan.
</aside>
Syarat Umum**:**
- Walaupun Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda, amat digalakkan untuk menggunakan istilah yang lebih mudah untuk mengelakkan perselisihan faham antara artis & pelanggan.
- Sikap buruk terhadap artis tidak akan diterima.
- Sila berikan penerangan yang jelas atau gambar rujukan penuh subjek yang ingin dilukis.
- Artis berhak untuk membatalkan komisen dengan atau tanpa sebab.
- Semua hasil karya hanya ada dalam format digital sahaja. (format PNG/PDF)
- Pelanggan tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan untuk menggunakan mana-mana bahagian karya untuk token tidak sepiawai (Non-fungible token, disingkatkan kepada NFT). Penggunaan karya seni untuk sebarang pengiklanan atau keuntungan yang dikaitkan dengan NFT, cryptocurrency atau blockchain adalah dilarang sama sekali.
- Jika pelanggan melanggar mana-mana syarat atau membuat percubaan menipu (scam), anda tidak layak untuk memakai perkhidmatan artis malah disenaraihitamkan pada masa akan datang.
Harga Dan Cara Pembayaran**:**
- Harga tempatan dan antarabangsa akan berlainan kerana perbezaan nilai mata wang.
- Harga yang dipaparkan dibuat untuk kegunaan peribadi sahaja. Harga komersil lebih mahal daripada harga asal serta syarat berbeza, ia akan diletakkan selepas perbincangan & persetujuan muktamad antara pihak yang terlibat.
- Pembayaran akan dibuat secara ansuran 50/50 sehingga lakaran akhir diluluskan untuk proses seterusnya.
- Pelanggan boleh meminta pengubahsuaian percuma untuk 3 kali sahaja. Lebih daripada jumlah yang diberikan akan dikenakan bayaran.
- Kaedah pembayaran tempatan adalah melalui kaedah E-wallet atau transfer bank . Sila paparkan resit sebagai bukti pembayaran terlebih dahulu.
<aside>
<img src="/icons/alert_gray.svg" alt="/icons/alert_gray.svg" width="40px" /> Pembatalan Dan Pemulangan Bayaran:
- Dinasihatkan untuk memberitahu artis secepat mungkin sekiranya pelanggan ingin membatalkan komisen dalam tempoh 2 minggu selepas bayaran pertama.
- Pemulangan bayaran penuh akan dibuat jika artis belum bermula atau masih dalam proses lakaran. Selain daripada itu, pelanggan hanya akan menerima balik sebanyak 50% sahaja.
</aside>
Hak Cipta Dan Penggunaan Karya:
- Hak Cipta Artis:
-Kekalkan hak milik sepenuhnya pada Karya tersebut.
-Gunakan karya sebagai sampel komisen akan datang atau dalam portfolio.
- Hak Cipta Pelanggan: